Thursday, September 10, 2009

My First Amigurumi- Pekan dan Kemboja.

Salam sejahtera dan salam keriangan untuk semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat blog auntie. Tetiba, auntie beringat tentang blog ini... Huhuhu... Nampaknya, auntie makin melupakannya. Busy katakan... Kerja sekolah banyak la... Pastu, tak ada idea nk buat. Jadi, untuk mengelakkan dari tertidur selepas kekenyangan berbuka puasa, auntie edit la gambar yang auntie ambik setiap kali barangan yang auntie buat tu siap.

Untuk hari ini, auntie nk kongsi dengan korang semua amigurumi yang first auntie buat... Masa tu, rasa jatuh cinta habis tengok die org. Kawan auntie bagi nama amigurumi ni Pekan dan Kemboja. Cuba korg teka... Mana satu Pekan, mana satu Kemboja? Hehehe... Sebenarnye pekan dan kemboja ni tempat letak paku tekan kat meja kite orang (auntie dan kawan auntie). Lupa pula nak ambil gambar. Huhuhu...

Kat sini juga, aunite nak ucapkan terima kasih kat kawan auntie yang bagi nama kat smua amigurumi auntie. Tanpa tunjuk ajar dari beliau, auntie tak mimpi la nak hasilkan amigurumi yang comel2 ni... “Adik, terima kasih ya ajakkan kakak hasilkan amigurumi yang comel2 ni dan terima kasih juga tutorial2 adik yang canggih lagi kreatif itu... Tanpa semua itu, siapalah jari-jemari kakak bersama jarum dan benang kait tu semua...”

*Jawapan: Pekan(yang pompuan), Kemboja (yang lelaki)

Apa itu “Amigurumi”?

Apa itu “Amigurumi”?

Amigurumi ni, sebenarnya berasal dari Jepun. Amigurumi adalah apa2 sahaja yang dihasikan dari benang bulu yang dikait. Kita boleh hasilkan buah-buahan, patung, makanan dan sebagainya. Semua ni dipanggil Amigurumi. Sekiranya kawan2 dan adik2 mempuyai banyak masa terluang, sila search perkataan “Amigurumi” di Google. Nak lagi best, anda semua boleh rasa rambang mata dan rasa ingin miliki setiap satu amigurumi yang kawan2 dan adik2 suka. Search ajer images untuk amigurumi. Semuanya cantik2 dan cute2... Aduhhh~~~ boleh pensan tengok smua tu... Hehehehehe....


Wednesday, September 9, 2009

Nice and Special Date

09 Sept 2009 ~ 09/09/09

Cantikkan tarikh hari ni... Hari ini juga, ulang tahun auntie punye supervisor. Insan yang banyak memberi peluang dan kesempatan dalam hidup untuk mengecapi sesuatu yang tak pernah terlintas pun dalam benak fikiran ini... Ya Allah, engkau maha pemurah dan penyayang... Engkau temukan aku dengan orang yang sentiasa memberi peluang yang besar dalam hidupku. Semoga Allah merahmati insan tersebut dan seluruh kaum kerabatnye... Amin, Insyallah...

Happy Birthday Dr. Ab Razak Che Hussin...