Salam sejahtera dan salam keriangan untuk semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat blog auntie. Tetiba, auntie beringat tentang blog ini... Huhuhu... Nampaknya, auntie makin melupakannya. Busy katakan... Kerja sekolah banyak la... Pastu, tak ada idea nk buat. Jadi, untuk mengelakkan dari tertidur selepas kekenyangan berbuka puasa, auntie edit la gambar yang auntie ambik setiap kali barangan yang auntie buat tu siap.
Untuk hari ini, auntie nk kongsi dengan korang semua amigurumi yang first auntie buat... Masa tu, rasa jatuh cinta habis tengok die org. Kawan auntie bagi nama amigurumi ni Pekan dan Kemboja. Cuba korg teka... Mana satu Pekan, mana satu Kemboja? Hehehe... Sebenarnye pekan dan kemboja ni tempat letak paku tekan kat meja kite orang (auntie dan kawan auntie). Lupa pula nak ambil gambar. Huhuhu...
Kat sini juga, aunite nak ucapkan terima kasih kat kawan auntie yang bagi nama kat smua amigurumi auntie. Tanpa tunjuk ajar dari beliau, auntie tak mimpi la nak hasilkan amigurumi yang comel2 ni... “Adik, terima kasih ya ajakkan kakak hasilkan amigurumi yang comel2 ni dan terima kasih juga tutorial2 adik yang canggih lagi kreatif itu... Tanpa semua itu, siapalah jari-jemari kakak bersama jarum dan benang kait tu semua...”
*Jawapan: Pekan(yang pompuan), Kemboja (yang lelaki)


No comments:
Post a Comment